Tuesday, 24 April 2012

Hobi saya

Rancangan realiti "Running Man"
Hampir semua orang yang mempunyai beberapa jenis hobi. Hobi saya mendengar muzik dan menonton televisyen.


Saya amat suka muzik. Apabila saya bebas, saya sering mendengar lagu-lagu kegemaran saya dari komputer dan telefon bimbit saya. Pada hujung minggu, saya biasanya pergi ke kedai-kedai muzik berdekatan dengan rumah saya untuk membeli album muzik. Jenis kegemaran saya muzik adalah muzik Korea. Sama ada jika ia berderap muzik korea atau korea lagu kanak-kanak, saya suka muzik semua dalam industry. Dalam ramai penyanyi-penyanyi yang popular, yang paling saya suka ialah Jay Park, Super Junior, Sistar, Big Bang, SHINee dan ramai lagi.

Saya juga menghabiskan satu jam selepas makan malam menonton drama dan rancangan realiti Korea. Saya amat meminati program "Running Man" dan "Dream High 2". Saya berfikir bahawa hobi saya adalah sangat berharga. Ia membuatkan saya berasa diduduki kerana saya tidak mempunyai banyak yang perlu dilakukan di rumah terutama pada hujung minggu dan gembira kerana saya benar-benar suka menonton dan mendengar mereka.

http://www.youtube.com/watch?v=eplSD_wC52Y
Video tentang muzik Korea [Kpop]


Nurul Nadya Bte Ishak [16]
2 - 4

Sunday, 22 April 2012

Hobi Saya Adalah ....



Hobi saya adalah bermain gitar .
Gitar adalah sahabat karib saya yang akan setia bersama saya sampai bila-bila. Saya mula bermain gitar dua tuhun yang lalu . Ketika itu saya dihadiahkan sebuah guitar semasa ulang tahun saya yang ke 12 . Saya berlajar guitar dengan melungsuri internet , melihat video dan mendengar pelbagai rentak lagu . Lama-kelamaan bermain gitar menjadi sebuah perkara yang harus di lakukan setiap kali . Setiap hari saya akan ada masa lapang selepas membuat tugasan rumah , saya mesti bermain satu lagu ataupun mencipta sebuah lagu mengenai pelbagai perkara . 

Selain daripada itu , minat dalam bidang musik menjadi sebuah peranan . Saya memang minat dengan musik . Bagi saya dengan mendengar musik , sebagai seorang pelajar saya boleh mengurangkan tekanan dari segi pelajaran dan cabaran yang harus ditempuhi setiap hari . 
Gitar adalah sebuah tempat dimana saya boleh meluahkan perasaan bila sedih , marah dan gembira . 

(sebuah video saya sedang main gitar , penyanyi syasya )

Anthirah Shazwany
2-7

Hobi saya!

HOBI SAYA! :)

                                                            

Hobi saya ialah bermain badminton. Badminton merupakan sebuah sukan raket yang dimainkan oleh dua orang pemain ataupun dua pasang bertentangan. Sejak kecil lagi saya dan keluarga akan ke gelanggang badminton untuk bermain badminton bersama-sama. Dengan cara itu, kami makin rapat dan sentiasa akan menghabiskan masa bersama-sama pada hari Ahad dan juga menjadi lebih sihat. Pada percubaan yang pertama, saya selalu tidak dapat memukul bulutangkis yang dilontarkan kepada saya tetapi setelah beberapa percubaan, saya telah menjadi lebih cekap. Badminton telah membuatkan saya untuk bertahan apabila bermain apa jua sukan seperti berbasikal, bermain bola dan sebagainya. Saya tidak mudah penat kerana stamina saya lebih baik kerana selalu bermain badminton. Walaupun sukan ini nampak mudah, tetapi ialah memerlukan stamina yang tinggi lagi-lagi jika berlawan dengan orang yang lebih dewasa daripada kita.Sukan ini juga telah memgakibatkan saya cedera. Ketika hendak melompat untuk menyambut bulutangkis yang telah dilontarkan oleh ayah saya, saya telah jatuh dan terseliuh kaki saya.Ibu saya terpaksa membawa saya ke klinik untuk mendapat rawatan dari doctor lalu diberi ubat untk tahan sakit. Ibu juga membawa saya untuk mengurut kaki saya yang terseliuh di rumah pakar urut. Walaubagaimanapun, setelah kaki saya sudah pulih, saya menyambung memain badminton kerana ialah sungguh menyeronokkan! 
Nuramirah Zayanah 2-4 :)

Hobi saya adalah mendengar muzik . Muzik dikatakan menjadi bentuk seni yang pertama untuk dilahirkan dan sepanjang sejarah manusia yang panjang , ia telah terbukti memainkan peranan yang terpenting dalam kehidupan kita 
Biasanya , orang mendengar muzik untuk menghiburkan diri . Ia adalah di luar sebarang keraguan bahawa selepas waktu bekerja keras , muzik adalah 'ubat' yang terbaik untuk otak yang di dalam keadaan yang keletihan , kerana ia agak membantu untuk menghapuskan tekanan . Mungkin sebab itulah muzik boleh dimainkan di mana-mana sahaja , tidak kira bila : selepas bekerja atau belajar , orang benar-benar memerlukan muzik untuk isi semula tenaga mereka .

Satu aspek muzik yang terkuat adalah ia meninggalkan kesan yang mendalam terhadap sensasi atau perasaan Ini dapat dilihat dari akar jenis muzik  Muzik rock telah dicipta kebanyakannya untuk menunjukkan kemarahan . Muzik boleh mencerminkan emosi kita Kami mendengar muzik apabila kita gembira atau sedih . Apabila berasa bersendirian atau marah, kami hanya mahu mendengar lagu-lagu kegemaran kami . Muzik , dalam pengertian ini boleh menjadi sahabat baik , yang melembutkan jiwa kita.
Saya tidak boleh membayangkan bagaimana dunia kita akan pergi tanpa muzik . Muzik , sejak kelahirannya telah membawa kepada kehidupan yang bernilai sebenar .


Sri Adriana Binte Rasidi  2-4

Hobi Dayana ialah bermain bola tampar.

Hobi saya ialah bermain bola tampar. Ia ialah sebuah sukan yang sungguh menarik dan menyeronokkan. Kami selalunya menggunakan tangan kami untuk menghantarkan bola itu kepada orang lain tetapi kami pun boleh menggunakan apa-apa anggota badan kami kecuali kepala kami. Bermain bola tampar perlu banyak perlatihan untuk maju.

Saya memang gemar bermain bola tampar. Saya telah memilih 'bola tampar' sebagai ko-korikulum aktiviti saya semasa saya di sekolah rendah. Selepas melalui perlatihan saya yang pertama, tangan saya ada banyak lebam. Perlatihan itu memang sukar dan memenatkan tetapi ia memang menyeronokkan. Selepas melalui beberapa perlatihan, tangan saya tidak rasa lagi kesakitan dan mula biasakan untuk hantar bola, bak kata pepatah, alah bisa tegal biasa.

Melalui bermain bola tampar, saya ada lebih sahabat rapat. Merekalah yang banyak menolong saya semasa saya ada masalah pelajaran atau keluarga. Mereka telah memberi banyak motivasi kepada saya untuk maju dalam pelajaran ataupun ko-korikulum saya.

Saya mempunyai sebuah bola tampar yang diberi oleh arwah bapa saya sebagai sebuah hadiah. Walaupun bola itu ialah sebuah benda sahaja, ia banyak menolong saya. Bola itu akan membuat saya bermain bola tampar supaya saya boleh kuruskan badan dan menambah stamina. Dengan begitu, saya boleh lulus ujian NAPHA saya. Apabila saya rasa bosan, saya akan bermain bola tampar bersama sahabat-sahabat saya dan permainan sebegitu boleh merapatkan silaturrahim kami. Saya akan sering rasa tekanan kerana ada banyak latihan pelajaran yang harus dibuat tetapi saya akan rasa tenang semula selepas melihat bola itu. Ia ialah kerana bola itu mengingatkan saya tentang motivasi yang diberi oleh rakan-rakan rapat saya. Bila saya rasa sungguh marah, saya akan ambil bola itu dan menamparnya terhadap dinding sekuat-kuatnya untuk hilangkan kemarahan saya.

Saya telah tercedera banyak kali. Pergelangan kaki saya pernah terseliuh kerana tidak berlari dengan betul, bibir saya pernah berdarah kerana ditampar bola,  dan lutut saya ada banyak luka kerana mencuba untuk mendapatkan bola dari meluncurkan diri. Walaubagaimanapun, saya masih gemar bermain bola tampar.

 -Nur'Dayana Edora (2-4)