Sunday, 22 April 2012

Hobi saya!

HOBI SAYA! :)

                                                            

Hobi saya ialah bermain badminton. Badminton merupakan sebuah sukan raket yang dimainkan oleh dua orang pemain ataupun dua pasang bertentangan. Sejak kecil lagi saya dan keluarga akan ke gelanggang badminton untuk bermain badminton bersama-sama. Dengan cara itu, kami makin rapat dan sentiasa akan menghabiskan masa bersama-sama pada hari Ahad dan juga menjadi lebih sihat. Pada percubaan yang pertama, saya selalu tidak dapat memukul bulutangkis yang dilontarkan kepada saya tetapi setelah beberapa percubaan, saya telah menjadi lebih cekap. Badminton telah membuatkan saya untuk bertahan apabila bermain apa jua sukan seperti berbasikal, bermain bola dan sebagainya. Saya tidak mudah penat kerana stamina saya lebih baik kerana selalu bermain badminton. Walaupun sukan ini nampak mudah, tetapi ialah memerlukan stamina yang tinggi lagi-lagi jika berlawan dengan orang yang lebih dewasa daripada kita.Sukan ini juga telah memgakibatkan saya cedera. Ketika hendak melompat untuk menyambut bulutangkis yang telah dilontarkan oleh ayah saya, saya telah jatuh dan terseliuh kaki saya.Ibu saya terpaksa membawa saya ke klinik untuk mendapat rawatan dari doctor lalu diberi ubat untk tahan sakit. Ibu juga membawa saya untuk mengurut kaki saya yang terseliuh di rumah pakar urut. Walaubagaimanapun, setelah kaki saya sudah pulih, saya menyambung memain badminton kerana ialah sungguh menyeronokkan! 
Nuramirah Zayanah 2-4 :)

No comments:

Post a Comment