Hobi saya ialah bermain bola tampar. Ia ialah sebuah sukan yang sungguh menarik dan menyeronokkan. Kami selalunya menggunakan tangan kami untuk menghantarkan bola itu kepada orang lain tetapi kami pun boleh menggunakan apa-apa anggota badan kami kecuali kepala kami. Bermain bola tampar perlu banyak perlatihan untuk maju.
Saya memang gemar bermain bola tampar. Saya telah memilih 'bola tampar' sebagai ko-korikulum aktiviti saya semasa saya di sekolah rendah. Selepas melalui perlatihan saya yang pertama, tangan saya ada banyak lebam. Perlatihan itu memang sukar dan memenatkan tetapi ia memang menyeronokkan. Selepas melalui beberapa perlatihan, tangan saya tidak rasa lagi kesakitan dan mula biasakan untuk hantar bola, bak kata pepatah, alah bisa tegal biasa.
Melalui bermain bola tampar, saya ada lebih sahabat rapat. Merekalah yang banyak menolong saya semasa saya ada masalah pelajaran atau keluarga. Mereka telah memberi banyak motivasi kepada saya untuk maju dalam pelajaran ataupun ko-korikulum saya.
Saya mempunyai sebuah bola tampar yang diberi oleh arwah bapa saya sebagai sebuah hadiah. Walaupun bola itu ialah sebuah benda sahaja, ia banyak menolong saya. Bola itu akan membuat saya bermain bola tampar supaya saya boleh kuruskan badan dan menambah stamina. Dengan begitu, saya boleh lulus ujian NAPHA saya. Apabila saya rasa bosan, saya akan bermain bola tampar bersama sahabat-sahabat saya dan permainan sebegitu boleh merapatkan silaturrahim kami. Saya akan sering rasa tekanan kerana ada banyak latihan pelajaran yang harus dibuat tetapi saya akan rasa tenang semula selepas melihat bola itu. Ia ialah kerana bola itu mengingatkan saya tentang motivasi yang diberi oleh rakan-rakan rapat saya. Bila saya rasa sungguh marah, saya akan ambil bola itu dan menamparnya terhadap dinding sekuat-kuatnya untuk hilangkan kemarahan saya.
Saya telah tercedera banyak kali. Pergelangan kaki saya pernah
terseliuh kerana tidak berlari dengan betul, bibir saya pernah berdarah
kerana ditampar bola, dan lutut saya ada banyak luka kerana mencuba
untuk mendapatkan bola dari meluncurkan diri. Walaubagaimanapun, saya
masih gemar bermain bola tampar.
-Nur'Dayana Edora (2-4)
No comments:
Post a Comment